Tubuh Sihat Minda Cerdas
- NIK NORASMA BT NIK LONG
- Jun 5, 2015
- 2 min read

Piramid makanan yang seimbang
Makanan dan amalan pemakanan bermaksud makan makanan yang berkhasiat dengan cara dan nisbah yang betul supaya tubuh menerima zat makanan yang seimbang. Makanan berkhasiat penting bagi membolehkan pembesaran manusia lebih sempurna daripada aspek fizikal. Tubuh perlukan zat dan vitamin supaya membina badan yang kuat dan dapat menjalankan tugas dengan baik disamping dapat menahan sebarang jangkitan penyakit. Amalan pemakanan yang betul boleh mengawal kadar obesiti.
Manusia perlu mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat. Pemakanan sebegini menjadikan tubuh tidak terlalu gemuk dan mudah menjalankan pelbagai aktiviti termasuklah senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Pemakanan berkhasiat juga menyebabkan perkembangan mental yang sempurna, cerdas dan tidak cepat letih serta mampu berfikir dengan lebih efektif dalam menyelesaikan masalah. Untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat kita mestilah mempraktikan amalan cara pemakanan yang betul. Lebihkan makan buah-buahan dan kekacang contohnya kacang pea,kacang tanah dan kacang soya yang kaya dengan protein, karbohiderat, gentian dan vitamin. Kita juga perlu minum banyak air 6-8gelas sehari bagi membantu proses penghadaman, penyerapan, pengangkutan zat,perkumuhan dan pengawalan suhu badan. Bagi mendapatkan tubuh yang sihat kita juga perlu menjauhkan makanan berlemak dalam makanan kerana tubuh hanya perlu 20% -30% sahaja lemak dalam diet harian.
Disamping itu kita perlu kurangkan gula dalam makanan. Selain itu makanan bergaram juga hendaklah dikurangkan contohnya makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.
Pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan mesti dirancang dengan satu gizi seimbang. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Makan mengikut pyramid makanan adalah lebih mudah. Makanlah 8-12 hidangan sehari makanan mengandungi karbohidrat seperti nasi,mee, dan roti.. Makan buah-buahan dan sayuran sebanyak 3-5 kali sehari. Makan ikan, ayam, kekacang dan susu 2- 3 kali sehari. Makan dengan sedikit gula, garam dan minyak.
Adap makan mengikut agama Islam ialah pilihlah makanan yang bersih dan halal. Jika tidak menyukai sesuatu makanan jangan mencela. Cucilah tangansebelum dan sesudah makan dan bacalah Bismilah dan Hamdalah. Makanlah dengan menggunakan tangan kanan, duduk dan tidak bersandar. Amat digalakan makan bersama, berbual dengan tenang supaya mendatangkan keberkatan. Tidak makan dan minum dalam keadaan panas kerana apabila meniup makanan , hembusan akan membebaskan karbon dioksida (co2) pada air (H20) menyebabkan minuman itu menjadi bercuka (H2co3).Semasa makan pilihlah lauk yang terdekat dahulu dan guna 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
Makanlah ketika lapardan berhenti sebelum kenyang dan sentiasa bersyukur kerana diberi rezeki.Sebagai kesimpulan kita perlu mengambil makanan yang seimbang dan berzat kerana semua kepentingannya sudah di nyatakan tadi. Bukan sahaja individutetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripadapemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubahsudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah . Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuklah dada tanya selera”
Comments