Memupuk Semangat Mahasiswa Berbakti
![org tua.jpg](https://static.wixstatic.com/media/2dd0c8_d94cbda15bc340c997b11da86138900f.jpg/v1/fill/w_980,h_551,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/2dd0c8_d94cbda15bc340c997b11da86138900f.jpg)
Peserta U3P bersama dengan orang-orang tua.
Program Khidmat Masyarakat Bersama Warga Emas merupakan program Siri kedua dibawah program kesedaran kesihatan pelajar yang diterajui oleh Pusat Kesihatan Pelajar serta dibantu oleh Urusetia Perlindungan Perubatan Pelajar U3P bagi melancarkan program ini
Menurut pengarah program, Nur Aini bt Mohammad yang merupakan pembantu pembedahan pergigian Hal Ehwal Pelajar (HEP) USIM, program ini diadakan adalah untuk melatih mahasiswa serta mahasiswi USIM mengenai konsep kesukarelaan melalui aktiviti kemasyarakatan bagi menjamin kesejahteraan, keharmonian dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas disamping dapat memupuk sifat penyayang dan prihatin dalam memberi sumbangan dan bantuan kepada masyarakat amnya serta merealisasikam misi,visi universiti khususnya.
“ Dalam agama kita diajar untuk menghormati orang tua dan menyayangi mereka kerana redha Allah terletak di keredhaan ibubapa kita, tidak sepatutnya anak-anak mengambil inisiatif mudah dengan meletakkan ibubapa mereka dirumah orang-orang tua walaupun terlalu sibuk menguruskan pekerjaan dan tidak mempunyai masa ”tambah beliau lagi.
Menurut salah seorang ahli U3P yang dikenali Khadijah bt Isroman berkata beliau sangat sedih melihat keadaan orang-orang tua disana, meskipun mereka senyum namun tercalit juga sedikit kesedihan kerana ditinggalkan anak-anak yang tidak bertanggungjawab. Beliau menegaskan lagi pentingnya memberi didikan agama yang cukup kepada anak-anak supaya budaya meletakkan ibubapa ke rumah orang- orang tua dapat dikurangkan.
“ Saya berasa sangat simpati,bagi saya tidak patut bagi anak-anak menghantar ibubapa mereka kerumah orang-orang tua kerana apabila mereka berbuat demikian bermaksud mereka tidak menghargai dan mengenang jasa ibubapa yang sudah menjaga serta mendidk mereka dengan penuh susah payah” Kata salah seorang ahli U3P yang menyertai program ini.