Kanser Penyumbang Utama Peratus Kematian
![rahim.jpg](https://static.wixstatic.com/media/2dd0c8_99b1a0e7b26f4dd388aa7403d66cd6c9.jpg/v1/fill/w_399,h_300,al_c,q_80,enc_avif,quality_auto/2dd0c8_99b1a0e7b26f4dd388aa7403d66cd6c9.jpg)
Rajah menunjukkan tempat kanser pangkal rahim
Kanser merupakan salah satu penyakit kronik malahan ianya penyebab kematian keempat terbesar yang berlaku di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh Negara dan pada tahun 2011 ia menyumbang sebanyak 11.2 peratus dari keseluruhan kematian yang berlaku. Kanser tidak hanya berlaku pada wanita malah lelaki juga tidak ketinggalan untuk menghidapi kanser, terdapat lima jenis yang sering terjadi dalam kalangan lelaki antaranya ialah kanser paru-paru (15.8%) kolorektal (15.8%) nasofarink (9.4%) limfoma (7.2%) dan prostat (6.2%). Sementara itu dalam kalangan wanita pula penyakit terlibat ialah kanser payudara (32.3%) diikuti dengan kanser kolorektal (10.4%), servik (8.5%), paru-paru (5.7%) dan ovari (5.4%).
Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai kanser servik merupakan barah yang ketiga paling tinggi berlaku di kalangan wanita. Berdasarkan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) lebih 250,000 wanita meninggal dunia setiap tahun akibat kanser seviks di seluruh dunia. Data itu juga menunjukkan kematian berpunca daripada kanser pangkal rahim dijangka meningkat sehingga 435,000 orang pada tahun 2030.
Di Malaysia, kanser servik merupakan kanser ketiga yang biasa berlaku dalam kalangan wanita selepas kanser payudara dan kolorektal. Kanser berkenaan boleh menyerang mana-mana wanita, tanpa mengira usia dan latar belakang keturunan.Menurut kajian saintis terjadinya prakanser dan kanser serviks adalah disebabkan oleh jangkitan virus yang dinamakan Human Papilloma Virus (HPV).
Terdapat lebih dai 100 jenis HPV dan kajian menunjukkan 99.7% daripada kes-kes kanser servik mempunyai kaitan secara langsung dengan virus HPV jenis 16 dan 18 sementara jenis 6 dan 11 pula dikaitkan dengan ketuat kelamin.Secara umumnya,jangkitan HPV berlaku tanpa disedari. Ia tidak menunjukkan sebarang simpton atau gejala klinikal dan akan sembuh dalam tempoh 9 hingga 12 bulan. Walaubagaimanapun dianggarkan 20 peratus dari mereka yang mendapat jangkitan kronik HPV yang berlarutan melebihi tempoh 18 bulan.Diatas sebab-sebab inilah maka ujian pap smear perlu dilakukan bagi mengesan sel luarbiasa yang dikenali sebagai ‘dysplasia’ sebelum sel kanser servik mula menbentuk dan mulai dikesan.Realitinya pada masa dan saat ini hanya ujian pap smear mampu mengesan sel luarbiasa ini dan keputusan rawatan juga akan begantung kepada jenis sel kanser yang berjaya dikesan.
Pelbagai cara virus HPV berjangkit terutamanya adalah melalui hubungan seksual dan sentuhan antara kulit di kawasan genital. Seseorang itu berisiko tingi untuk mendapat jangkitan HPV sekirannya hubungan seksual bermula di awal remaja malah mempunyai pasangan seks yang ramai.Bahkan jangkitan keputihan biasa seperti trikomonas,bakteria vaginosis (BV) atau candida albican umpamanya yang masih boleh dirawat dengan mudah .Sikap tenang dan tidak terburu-buru membebankan fikiran dengan sangkaan telah dijangkiti kanser servik sebelum melakukan ujian pap smear hanya akan merugikan diri dan emosi.
tanda dan gejala yang perlu diawasi pertama, apabila mengalami pendarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid). Kedua , berlaku pendarahan yang banyak dan berpanjangan. Ketiga, berlaku pendarahan di antara 2 haid, seterusnya sakit dan mengalami pendarahan selepas hubungan seksual.
Kanser servik yang sangat merbahaya telah menyebabkan para saintis berusaha menkaji dan mencari penawar maka sejenis vaksin HPV telah berjaya dicipta oleh mereka yang berupaya untuk mencegah jangkitan virus HPV. Vaksin HPV yang dinamakan Gardasil dan Cervarix telah diluluskan oleh FDA dan ratusan negara di seluruh dunia telah meluluskan penggunaan vaksin ini termasuk Malaysia.
Suntikan vaksin HPV diberikan sebanyak 3 kali dalam masa 6 bulan kepada remaja dan wanita antara sembilan hingga 26 tahun sebagai langkah pencegahan kepada berlakunya kanser servik yang menjadi kanser kedua mengancam nyawa wanita. Suntikan ini merangsang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi terhadap virus HPV yang terkandung dalam vaksin tersebut. Antibodi ini akan menghalang kemasukan atau jangkitan virus HPV ke atas wanita tersebut.
Seperkara yang perlu diingat walaupun vaksin ini berkesan mencegah jangkitan virus HPV yang menjadi punca kanser servik namun ujian pap smear masih perlu dijalankan kerana vaksin ini cuma mencegah 70% daripada kanser servik.
Langkah-langkah pencegahan kanser servik yang boleh dilakukan adalah mendapatkan pemeriksaan awal doctor jika sekiranya mendapat tanda-tanda kelainan pada kitaran haid terutama wanita-wanita yang putus haid. Seterusnya kanser endometrium dikaitkan dengan kegemukan jadi senaman yang tetap dan pemakanan yang seimbang serta mengurangkan kandungan lemak mungkin dapat mengurangkan risiko kanser rahim dan rawatan segera untuk peringkat prakanser servik yang dipanggil Endometrial Hyperplasia.
Pada hakikatnya ,hanya dengan mengamalkan cara hidup yang disarankan oleh islam dapat mengurangkan risiko untuk dijangkiti kanser servik. Antara kaedah yang boleh diamalkan ialah menambah ilmu pengetahuan melalui pembacaan buku-buku tentang kanser terutamanya tanda-tanda dan gejalanya dan sering menjalani ujian saringan pap smear malah mengamalkan gaya hidup sihat seperti senaman dan pemakanan seimbang. Pengambilan buah-buahan dan sayuran mengandungi banyak antioksida yang boleh membantu mencegah kanser. Hindarkan diri daripada tabiat merokok serta mengamalkan hubungan seksual yang sah dan sihat dan jauhkan diri melakukan seks secara rambang atau dengan ramai pasangan.