top of page

Lawatan Karangkraf Pendedahan Awal Mahasiswa Fpbu

11328761_758357030928562_983736220_o_edited.jpg

Sedikit cenderhati daripada Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) diberikan oleh ustazah Kartina(Guru pengiring) kepada kak Kesuma (staf karangkraf).

Shah Alam - Lawatan karangkraf yang dihadiri seramai 52 orang baru-baru ini, memberikan pendedahan dan pendekatan awal kepada mahasiswa Fakulti Pengajian Utama(FPBU) Tahun 3 berkaitan dengan kewartawanan yang mana bersesuaian dengan khusus yang diambil oleh mahasiswwa FPBU iaitu khursus bahasa arab dan komunikasi.

Lawatan Karangkraf ini dianjurkan oleh Fpbu sendiri yang diiringi oleh dua orang pensyarah pengiring iaitu Dr Suriani Othman dan Ustazah Kartina Kartina Kamaruzzaman serta turut ditemani oleh staf karangkraf yang digelar sebagai Kak Kesuma.

Berkata Pengarah Program pula, Muhammad Asyraf Amran, lawatan ke karangkraf ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan galakan secara praktikal kepada mahasiswa tentang bidang kewartawanan yang sebenar.

“Sepertimana kita ketahui apabila kita belajar di dewan kuliah, kita akan lebih fokus pada teori berbanding praktikal, jadi apabila lawatan ini diadakan,kita akan mengetahui dengan lebih dekat lagi gerak kerja sebagai seorang wartawan dan pereka grafik ”, katanya.

Berkata Wan Sufiah Naimah, peserta lawatan tersebut, lawatan ini turut memberi banyak maklumat baru berkenaan bidang kewartawanan terutama dalam bidang rekaan grafik majalah.

“Banyak perkara baru turut saya perolehi ketika berada di Karangkraf tersebut antaranya cara mengedit majalah,cara mengedit text dan cara pemprosesannya majalah tersebut”, katanya.

Menurut Kak Kesuma (nama gelaran) staf KarangKraf, terdapat tiga bahagian dalam pemprosesan majalah atau surat khabar ini, bahagian pertama proses pengumpulan berita melibatkan wartawan,bahagian kedua proses rekaan grafik dan seterusnya bermula proses penerbitan setelah di edit oleh editor tersebut.

Lawatan ini diakhiri dengan sesi fotografi,ucapan dari guru pengiring dan penyampaian cenderhati kepada Kak Kesuma wakil staf Karangkraf atas kesudian menerima kehadiran kami.




Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page