Kem Smart Solat dapat Sambutan
![11287190_758226470941618_299367173_n.jpg](https://static.wixstatic.com/media/2dd0c8_b61f712289954d1c94ebb499cc522620.jpg/v1/fill/w_960,h_540,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/2dd0c8_b61f712289954d1c94ebb499cc522620.jpg)
Para peserta bersoal jawab dengan fasilitator yang terlibat
Klang- Bermatlamat mahu mendidik generasi muda tentang kepentingan melakukan ibadat solat dengan sempurna menjadi fokus utama 10 orang mahasisiwa dari Universiti Sains Islam Malaysia melaksanakan Kem Smart Solat disini baru-baru ini.
Kem yang berlangsung selama dua hari bermula 28 hingga 29 Mei 2015 itu telah menggariskan beberapa objektif yang ingin dicapai. Antara objektif program ini adalah mahu memastikan perlaksanaan solat adalah mengikut syara’ atau dalam erti kata lain adalah ia betul-betul mengikut cara yang diajar dalam Islam dan mahu membetulkan bacaan dalam solat.
Para peserta yang menyertai program ini diajar mengenai bagaimana mahu menunaikan solat dan berwuduk dengan sempurna. Proses pembelajaran bukanlah sekadar teori semata-mata, tetapi proses pembelajaran turut menggunakan kaedah pratikal agar para peserta lebih memahami cara bersolat dan berwuduk yang sebenar.
“ Perlaksanaan program ini amat bersesuaian dengan situasi hari ini kerana peratusan kanak yang tahu bersolat dengan betul adalah sangat rendah”, kata pengarah program, Mohd Farid bin Yusoff.
Antara aktiviti yang dijalankan sempena program tersebut adalah ceramah bertajuk Indahnya bersolat kerana Allah yang disampaikan oleh ustaz jemputan iaitu Ustaz Khairuddin. Selain itu, para pelajar dari sekolah Kafa Integrasi tersebut juga dilatih untuk bangun berqiamulai dimalam hari dan bersolat dhuha disiang hari.
Pada hari terakhir kem, seramai 90 orang peserta yang terlibat dinilai pencapaian mereka melalui satu ujian. Tujuan ujian tersebut adalah mahu melihat sejauh mana hasil yang mereka dapat setelah menghadiri kem yang bertempat di Masjid As-Saadah, Bandar Sultan Suleiman tersebut.
“ Pihak kami sangat teuja melihat para peserta begitu bersemangat dan gembira sewaktu menghadiri kem ini, dan pihak kami berharap pogram sebegini dapat diteruskan di masa- masa yang akan datang, ulas Penghulu Rantau Panjang Klang yang turut sama menjadi jemputan di majlis perasmian penutup Kem Smart Solat tersebut.
![Proses Praktikal solat yang dijalankan sewaktu Kem Smart Solat](https://static.wixstatic.com/media/2dd0c8_d584c9b849244cd7a6627e2dd73a0e50.jpg/v1/fill/w_960,h_540,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/2dd0c8_d584c9b849244cd7a6627e2dd73a0e50.jpg)
Proses Praktikal solat yang dijalankan sewaktu Kem Smart Solat