top of page

Nilai Integriti Kayu Ukur Pembentukan Negara


_DSC0227.JPG

Daie Farhan sedang memberi ceramah kepada mahasiswa.

NILAI - Forum yang bertajuk ‘Islam Dahulu vs Kini’ mengetengahkan kepentingan nilai integriti pada masa dulu dan kini yang mana ia menjadi kayu ukur kepada pembentukan dan kejayaan negara di Dewan Kuliah Pusat (DKP) 4, baru-baru ini.

Menurut panel Dr. Mohd Rumaizudin Ghazali, penekanan ayat al-Quran yang berkaitan dengan amar ma’ruf dan nahi mungkar sangat berkait rapat dengan nilai intergriti yang diterapkan sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi.

“Penerapa nilai integriti dalam diri setiap pemimpin juga perlulah dititik beratkan agar pembentukan nilai Islam pada masa kini dapat dikekalkan,” kata beliau.

Katanya lagi, nilai integriti yang terbentuk pada zaman dahulu berperanan di pondok, madrasah dan institusi-institusi pendidikan yang 2membantu dalam pembentukan nilai intergriti dalam diri mereka.

“Penghayatan ilmu dan mengamalkannya merupakan perkara yang penting, ianya telah diserap pada zaman dahulu lagi, tidak seperti zaman sekarang yang mana penghayatan ilmu hanya pada luaran sahaja dan tidak masuk sampai ke hati.

Menurut panel kedua, Daie Farhan Nik Muhamad, orang yang memiliki nilai intergriti ini merupakan antara golongan orang yang beriman dan sebagai hamba Allah, kita perlulah mempunyai sifat amanah serta jujur dalam diri bagi memupuk sikap intergriti dalam diri.

“Tiga amanah daripada Allah yang perlu kita jaga sebagai hamba-Nya, antaranya adalah al-Quran yang mana perlu kita jaga dan perlu dibaca sentiasa isi kandungnya sebagai panduan hidup kita.

“Seterusnya amanah yang perlu dijaga oleh kita, adalah amanah dari segi nikmat,yangmana ia perlulah dijaga dengan sebaiknya dan nikmat ini turut dirasai apabila ia tiada,”kata beliau.

Mengulas lebih lanjut, Daie Farhan berkata, kerajaan juga memiliki inisiatif dengan menubuhkan program Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dirasmikan oleh oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Tokoh integriti yang perlu kita contohi adalah Rasulullah S.A.W iaitu rahmatan lil ‘alamin, juga digelar Al-Amin kerana sikap baginda yang jujur yang membuatkan baginda mampu membentuk sebuah negara Islam yang aman dan sejahtera.” Ulasnya mengakhiri forum terbabit.

Forum ini diadakan pada 21 April 2015 dan dihadiri oleh lebih 100 orang pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page