top of page

U3P Cakna Isu Gelandangan


IMG-20150504-WA0008.jpg

Kuala Lumpur ,3 Mei 2015 – Urusetia Perlindungan Perubatan Pelajar (U3P) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Kelab Suruhan Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menganjurkan satu program gelandangan bertemakan “ Jalinan Kasih Membentuk Ukhuwah ” yang bertempat di Masjid India dan Pasar Seni, baru-baru ini.

Program gelandangan tersebut melibatkan 50 orang peserta, 25 orang pelajar USIM yang merupakan ahli U3P itu sendiri dan 25 orang lagi dari kelab SPRM. Menurut pengarah program Muhamad Rezal Ahmad Zaini, objektif program gelandangan ini diadakan untuk menjalinkan aktiviti yang bersifat kemasyarakatan di samping menunaikan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang mengambil berat serta bersikap prihatin.

“Aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah untuk memupuk rasa cinta dan kasih sayang dalam diri pelajar terhadap kesusahan dan keperitan yang dialami masyarakat luar,” ujar beliau lagi.

Akhdzatul Izzati Bt Adnan selaku timbalan pengarah program menambah secara umumnya program ini bertujuan menjalin hubungan masyarakat antara pelajar dan masyarakat luar supaya dapat menanamkan sifat keprihatinan dalam diri pelajar dan peka akan keadaan yang berlaku di sekeliling pelajar.

“Program ini dapat melahirkan pelajar yang berpengetahuan bukan sahaja dalam kehidupan di Universiti malah terdedah dengan kehidupan luar,” ujur beliau.

Sehubungan dengan itu, pihak kelab U3P seharusnya menitik beratkan akan perkara ini supaya program atau aktiviti seperti ini dapat diteruskan bukan saja sebagai bakti siswa dan siswi kepada masyarakat malah membawa kepada pengertian yang lebih besar iaitu membentuk masyarakat yang mampu berdaya saing dan berdiri sendiri serta berbakti kepada negara.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page