Teknik Senaman Yang Berkesan
NILAI – Bagi mengurangkan masalah obesiti yang kini menjadi masalah utama dalam kalangan mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), teknik senaman yang betul selama sejam diadakan bagi meembantu menyelesaikan masalah mahasiswa terutamanya bertempat di Pavilion.
Menurut, Nik Nurul Fazila Najwa, 26, merupakan salah seorang Jurulatih berkata, misi yang ingin dilaksanakan dalam aktiviti senaman ini adalah untuk membantu mahasiswa mengurangkan berat badan.
“Sepertimana kita ketahui, mahasiswi di USIM ini kebanyakannya mengalami masalah obesiti dan mereka juga tidak didedahkan dengan senaman yang betul .
“Ini juga menyebabkan mereka kadangkala putus asa untuk bersenam kerana tiada kawan dan juga jurulatih bertauliah yang dapat membantu mereka melakukan senaman yang betul.’’ katanya.
Mahasiswi yang hadir pada aktiviti senaman ini turut akan diajar oleh Jurulatih, satu persatu senaman yang betul bagi mengurangkan masalah obesiti ini berlaku dikalangan mahasiswi.
Kemudian berkata, Fatin Nur Afiqah Rosdi, salah seorang peserta tetap mahasiswi USIM, disamping didedahkan senaman yang betul, mereka turut diberi cara-cara pengambilan makanan yang sesuai untuk mahasiswi agar tubuh badan mereka menjadi lebih sihat dan seimbang.
Tambahan pula, aktiviti senaman ini amat penting untuk Mahasiswi terutama yang prihatin terhadap kesihatan, kerana aktiviti ini dapat membantu memberi kecergasan dari segi fizikal dan mental.
“Saya juga selalu melihat kebanyakan mahasiswi selalu letih, mengantuk dalam kelas dan kurang tenaga untuk melakukan tugasan harian mereka, kesan daripada kurang senaman dan tidak menjaga pemakanan yang dimakan oleh mereka’’katanya.
Aktiviti senaman ini terbuka untuk semua mahasiswi sahaja tidak kira tahun berapa ,dari Fakulti mana dan akitiviti ini dijalankan dua kali seminggu pada waktu malam.