top of page

Tersasar Dijalan - Mu


kirin2.jpg

Nurul Syakirin menerima hadiah sebagai tanda penghargaan.

USIM, 20 Mac 2015 – Segala amal itu bergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai dengan niatnya merupakan pengisian yang utama slot diskusi siswi baru-baru ini. "Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu kerana kesenangan dunia atau kerana seorang wanita yang akan dikahwininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya.” (HR. Bukhari dan Muslim) kata Nurul Syakirin bt Ahmad Najib yang merupakan seorang Mantan Timbalan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (TYDP MPP) sesi 2013/ 2014.

Beliau menyampaikan ucapan tersebut dalam satu bicara siswi yang bertajuk “ Tersasar dijalanMu ”.Diskusi ini berlangsung pada 20 /3/ /2015 di dewan kuliah fakulti 1.1 yang mana mengambil tempat di Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM ) pada jam 12.30 tengah hari.

Beliau mengulas lanjut kita sebagai hamba Allah dan diciptakan untuk beribadat kepadaNya. Seharusnya tidak lupa akan tujuan hidup didunia ini bahkan tidak boleh hanyut dek godaan dunia yang semakin mencabar dan kian maju dengan pembangunan globalisasi ini.

Dizaman ini kita hendaklah bijak menggunakan ICT dalam mencari keredhaan Allah sebagai contoh jika kita menggunakan teknologi tersebut dengan niat untuk bergembira dan sia-sia maka jadilah ia sesuatu yang tidak membawa faedah tetapi jika kita menggunakan ia dengan cara yang sebaliknya maka kesannya juga akan memberi manfaat yang berguna kepada diri kita.

“ Allah telah berfirman dalam kitab suci al-quran maksudnya tidak aku ciptakan manusia dan jin kecuali untuk beribadat kepadaKu. Ayat tersebut jelas menerangkan tanggungjawab manusia sebagai makhluk yang hidup dimuka bumi ” kata beliau lagi. Diskusi ini telah berlangsung selama satu jam dan berakhir dengan jayanya.

Nor Lina Azaini pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) Tahun 3 berkata diskusi santai ini telah memberi impak positif kepada diri beliau dan membetulkan semula niat beliau untuk menuntut ilmu di USIM yang kian leka dibuai keseronokan dunia.

Seorang lagi pelajar FPBU iaitu Nurul Ikma memberitahu diskusi ini seharusnya kerap kali dianjurkan untuk memberi peringatan kerana manusia itu tidak jauh dari melakukan kesilapan dan sering terlupa tanggungjawab kita dicipta didunia ini.

Nurul Naziera menambah beliau seringkali menghadiri diskusi seperti ini tetapi diskusi kali ini merupakan diskusi yang telah memberi kesedaran kepada diri beliau dan beliau juga bersyukur kerana terpilih untuk menghadiri diskusi pada hari ini.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page