Negara Jepun Model Gaya Hidup Sihat
![Sushi-Makanan-Jepun.jpg](https://static.wixstatic.com/media/2dd0c8_54ff2f86d4ba45fe9fae4b31c246cd4c.jpg/v1/fill/w_900,h_630,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/2dd0c8_54ff2f86d4ba45fe9fae4b31c246cd4c.jpg)
Masyarakat di negara Jepun amat menitikberatkan gaya hidup sihat tidak kira dari segi makanan,aktiviti seharian atau kebersihan. Mereka begitu teliti dengan gaya hidup sihat yang diamalkan oleh mereka setiap hari sehinggakan gaya hidup mereka dicermin seperti yang diajar oleh islam. Tidak hairanlah , mengapa sebahagian daripada ilmuawan seperti Syeikh Muhammad Abduh mengatakan ‘Aku menyaksikan nilai-nilai Islam tumbuh di negara bukan Islam(Jepun), namun aku tidak melihat islam di negera Islam itu sendiri’’. Ini menunjukkan walaupun mereka bukan penganut daripada agama Islam, namun disiplin mereka terhadap diri mereka amat dititikberatkan.
Cara Pengambilan Makanan
Sepertimana kita ketahui, negara Jepun terkenal dengan pengambilan makanan yang segar dan berkhasiat.Mereka lebih memasak dengan menggunakan cara rebus,kukus atau bakar. Tiada istilah goreng dalam pemakanan seharian mereka hatta di Restoran sekalipun seperti yang di Okinawa.Orang Okinawa seperti menjadikan nasihat Rasulullah itu sebagai tradisi mereka,dimana pengambilan kalori penduduk di negara tersebut dikatakan 20 peratus lebih rendah berbanding daerah-daerah lain di Jepun.Mereka juga mempunyai ungkapan ‘Hara hachi bu’ yang bermaksud penuhkan perut dengan batasan 8 per 10 kekenyangan.
Gaya hidup seharian
Namun begitu, disamping menjaga kesihatan dari segi makanan, gaya kehidupan seharian turut dititik beratkan oleh mereka. Setiap hari, ketika berjalan,mesti dengan pergerakan langkah yang pantas, dan gaya hidup aktif mereka yang hanya bergantung kepada kebahagiaan hidup dengan pekerjaaan. Semangat mereka yang begitu cekal menjadikan format anatomi mereka adalah pergelangan tangan yang berurat besar dan tangan yang kasar seperti kuli, walaupun seperti kita lihat wajah wanitanya licin seperti patung.
Tambahan pula, negara Jepun begitu terkenal dengan rekaan robotik mereka, namun robotik mereka dijadikan sahabat untuk menbantu mereka mengemas rumah jika diperlukannya. Mereka tidak mengharapkan pembantu daripada negara asing untuk membantu mereka menyelesaikan tugasan rumah mereka, tidak seperti yang berlaku di negara kita yang kebanyakannya mengharapkan bantuan dari negara asing.
Segi Kebersihan
Selain itu, budaya hidup yang bersih juga menjadi satu budaya buat mereka. Menurut Dr Maseke Sanami,Ph.D di Jepun, antara faktor Jepun jarang terjebak dengan wabak penyakit adalah kerana tradisi kebersihan peribadi mereka yang sempurna.Sehinggakan sunnah daripada Rasulullah, yang mana, setiap kali selepas makan mereka akan memberus gigi turut diamalkan oleh mereka.Tambahan lagi, sampah-sampah yang berselerakan kurang kelihatan dimerata-rata. Ini kerana mereka telah mengklasifikasi setiap sampah yang dibuang ditong yang berbeza, iaitu sampah plastik, kaca, elektronik, dapur dan sebagainya.Ini membuat tong sampah mereka tidak berbau busuk dan haiwan perosak seperti tikus dan lipas jarang ditemui.
Manakala dari segi masalah pencemaran udara,walaupun mereka padat dengan kawasan industri serta turut memiliki banyak kilang, namun aktiviti perindustian ini tidak menggangu dan menjejaskan kehidupan seharian penduduk Jepun tersebut.Ini kerana kawasan perindustrian mereka terasing daripada kawasan kediaman mereka dan kenderaan mereka juaga memiliki bahan karbon pencemar yang rendah
Oleh yang demikian,beberapa tip kesihatan daripada Negara Terbit Matahari yang diamalkan oleh penduduk Okinawa Jepun yang mana turut boleh kita amalkan, antaranya adalah:
Lebihkan minum air suam,sekurang-kurangnya lapan gelas sehari
Kurangkan pengambilan lemak haiwan dan sayur sayuran .
Mengambil garam kurang daripada tiga camca teh seharian.
Prinsip makan hara hachi bu iaitu makan hanya 80 peratus kenyang supaya terhindar daripada obesiti.
Hindari makanan proses yang ditambah kimia.
Selalu memasak makanan yang berebus ataupun dimasak seperti sup miso dengan hanya sedikit minyak menumis.
Kesimpulannya, negara Jepun ini boleh dijadikan contoh buat semua negara, termasuklah negara kita. Walaupun pegangan hidup mereka bukan beragama islam, tetapi disiplin dari segi kebersihan khususnya dapat dibanggakan kerana adat budaya dari nenek moyang mereka yang begitu mementingkan gaya hidup yang sihat.Oleh yang demikian,jika amalan yang dilakukan oleh mereka ini kita ikuti,dengan izin allah isu berkaitan dengan kesihatan ini dapat dibendung dengan sebaiknya.
- Sumber rujukan ( Mengapa Rasulullah tidak pernah sakit, Dr Adi Hashman,2011 )a