top of page

Dakwah Rasulullah Ikutan Terbaik


Edited Image 2015-4-25-16:22:18

Moderator sedang mengajukan soalan kepada panel jemputan

NILAI, 7 April 2015 –Keyakinan terhadap ajaran nabi Muhammad s.a.w membuat ustaz Ikmal Vijay seorang mualaf masih berpegang pada ajaran islam walaupun mendapat tentangan daripada keluarganya sendiri .

“ Ketika saya ingin memeluk agama islam, bapa saya ada memberi amaran kepada saya, jika saya masuk islam saya akan mati, namun keyakinan saya kepada islam membuktikan saya tidak mati disebabkan masuk islam tetapi jika ajal sudah tiba, malahan lagi saya lebih selamat daripada sebelum ini,”ujar beliau.

Forum yang diadakan bersempena Sambutan Konvensyen ke-15 tahun Fakulti Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah(FPQS) bertempat di Dewan Kuliah Utama(DKU) FPQS ini, dihadiri oleh tiga orang panel jemputan,iaitu Dr Khairul Nizam (Timbalan Dekan Akademik & Penyelidikan FPQS), Da'ie Azam (Finalis Da'ie Millenia) dan Ustaz Ikmal vijay B. Abdullah serta diikuti dengan moderator dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) iaitu Ustaz Anas.

Menurut Daie Azam, Finalis Da'ie Millenia,beliau juga turut mengulas berkaitan dengan cara dakwah Rasulullah kepada umatnya termasuk non muslim ada empat cara ,antaranya melalui lisan seperti ceramah dan nasihat,melalui kitab seperti menulis nasihat dimajalah, melalui bil hal iaitu dengan cara menunjuk akhlak yang baik kepada mereka.

“Walau bagaimanapun seperti mana kita ketahui pada zaman ini pula,ramai pendakwah turut mengambil peluang mereka dengan menggunakan media sosial seperti facebook whatapp, wechat,youtube sebagai salah satu medium untuk berdakwah,” kata beliau lagi.

Kemudian berkata lagi Dr Khairul Nizam,Timbalan Dekan Akademik & Penyelidikan FPQS, beliau juga turut mengulas bagaimana kita boleh terpengaruh dengan hiburan K-POP dan cara mengelakkan daripada hiburan mereka yang kini semakin berleluasa dikalangan remaja.

“Kita perlu periksa berapa kali kita berselawat kepada nabi kita,bagaimana cara kita mengingati nabi, selalu doa kepada baginda dan akhir sekali jika kita ingin mencintai nabi perlulah ada ilmu pengetahuan” ujar beliau.

Forum ini dianjurkan oleh Sekretariat Perhubungan Pelajar(SPP) dan diikuti dengan persembahan dikir barat daripada kumpulan Tabuh Pendetayang menjadikan pengakhiran forum ‘Non-muslim views about prophet’ dan disusuli dengan bacaan tasbih kifarah dan surah al-Asr.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page