top of page

Keselamatan Ketika Berbasikal

Aktiviti riadah berbasikal merupakan salah satu aktiviti riadah yang agak popular di kalangan masyarakat pada hari ini. Diciptakan pada abad ke-19 iaitu orang yang dikatakan paling awal mencipta basikal ialah Von Drais iaitu pada tahun 1818.

Hari ini, penggunaan basikal dapat dilihat dari berbagai aspek terutamanya untuk beriadah. Basikal bukan lagi hanya dilihat sebagai alat penangkutan tetapi ia juga menjadi satu medium yang sangat sesuai untuk beriadah atau dalam erti kata lain adalah bersenam.

12912.png

Sememangnya tidak dinafikan bahawa aktiviti sebegini mempunyai banyak risiko, namun untuk mengelakan sesuatu yang tidak diingini, kita haruslah menitikberatkan aspek keselamatan.

Menjaga keselamatan sewaktu berbasikal adalah perkara yang wajib bagi setiap penunggang basikal. Tidak kiralah golongan dewasa mahupun kanak – kanak. Pelbagai alat perlindungan yang direka khas bagi mengelakkan kecederaan serius sewaktu menunggang basikal.

Pemakaian topi keselamatan yang betul mengikut piawaian akan dapat melindungi kepala daripada mengalami kecederaaan yang teruk. Selain itu, terdapat berbagai jenis alat yang turut dicipta bertujuan melindungi diri ketika menunggang basikal. Antaranya adalah pelindung siku dan lutut, walaupun alatan ini kurang penting berbanding topi keselamatan, namun ia amatlah digalakkan.

otbbnc1384146810476.jpg

Pemakaian kasut serta pakaian yang sesuai juga merupakan faktor yang penting untuk melindungi diri dari kecederaan sewaktu berbasikal. Ini kerana kasut berperanan untuk melindungi kaki jika berlaku sesuatu kemalangan.

Berdasarkan “Cycle Training, United Kingdom”, untuk menghindarkan diri terlibat dengan kemalangan sewaktu berbasikal, kita mesti memastikan basikal sentiasa berada di dalam keadaan yang elok dengan melakukan pemeriksaan pada waktu yang ditetapkan. Keadaan brek dan tayar haruslah sentiasa diambil berat kerana ia merupakan punca utama basikal hilang kawalan terutama sekali sewaktu menuruni bukit.

Kemahiran untuk mengawal keseimbangan basikal juga penting, iaitu mengetahui cara mengawal diri gear, serta sentiasa yakin terhadap diri sewaktu berbasikal dan jangan mudah panik walaupun berada di situasi yang cemas.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page