Alam Sekitar - Tanggungjawab Siapa?
![11429074_758200840944181_690768345_o.jpg](https://static.wixstatic.com/media/2dd0c8_7f5b46f83e7346ffa5801d2b15399233.jpg/v1/fill/w_980,h_551,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/2dd0c8_7f5b46f83e7346ffa5801d2b15399233.jpg)
Penjagaan alam sekitar adalah satu perkara yang amat penting dalam era dunia hari ini, semua pihak harus memandang berat terhadap penjagaan alam sekitar. Pembangunan dan pemesatan dunia dewasa ini menjadi salah satu faktor yang menjurus kepada kurangnya kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.
Harian Metro yang bertarikh 21 April 2015 ada menyatakan berkenaan kempen menjaga alam sekitar yang memfokuskan kepada kanak-kanak sahaja. Hasil laporan tersebut menjelaskan mengapa kanak-kanak menjadi target atau model adalah kerana setiap apa yang bekaitan dengan kanak-kanak biasanya dapat menyentuh hati golongan dewasa.
Kempen anjuran F&N Beverages dan Majlis Bandaraya Shah Alam ini adalah satu usaha bijak untuk membantu mengekalkan bumi hijau. Keberkesanan program yang berkaitan alam sekitar hari ini dilihat agak hambar namun dengan usaha murni pihak penganjur, kita hari ini lebih jelas dan terang tentang perlunya kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.
Pelbagai usaha haruslah dipeluaskan dan digiatkan agar sikap mahu kekal dalam alam sekitar yang bersih sentiasa terpahat kukuh dalam jiwa setiap individu. Antara aktiviti lain yang boleh kita lakukan untuk memupuk rasa tanggungjawab terhadap alam adalah dengan mencontohi negara – negara membangun seperti Jepun, Korea dan banyak lagi. Sebagai ramai sedia maklum Negara Jepun adalah negara yang sangat maju, khususnya dalam bidang teknologi.
Namun begitu, Jepun juga pernah mengalami krisis di mana Negara tersebut pernah terlibat dengan fenomena pencemaran alam sekitar yang teruk hingga menjejaskan sumber pendapatan dan kesihatan para penduduk Negara tersebut. Tragedi tersebut berlaku ekoran ledakan perindustrian yang tidak terkawal pada era 1960-an. Antara tempat yang terlibat adalah Dokai Bay, Yokkaichi, Minamata dan Pulau Teshima.
Peristiwa tersebut tidaklah berlanjutan kerana semua pihak mula menyedari dan berusaha untuk memulihkan keadaan tersebut sebelum ia menjadi lebih teruk dan serius. Penduduk tempatan mula melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan, pihak kerajaan pula menghadirkan satu polisi yang lebih mesra alam sekitar serta penglibatan pihak industry dalam pemeliharaan alam sekitar.
Langkah kerajaan dengan membentangkan beberapa polisi yang dianggap dapat menyumbang kepada pemeliharan alam sekitar, di antaranya adalah Green Technology Policy. Pihak perindustrian juga turut memainkan peranan mereka dengan memastikan proses perindustrian mereka mengikut ketetapan yang digariskan..
Kita hari ini harus memandang akan akibat jika tidak menjaga alam sekitar dengan betul kerana penjagaan alam sekitar tidak lagi dilihat hanya mengandungi kebaikan tetapi ia kini dilihat sebagai satu keperluan. Pelbagai kemusnahan bakal berlaku jika pemeliharaan alam sekitar dipandang remeh.
Oleh yang demikian kita dapat melihat usaha yang dilakukan oleh kerajan serta penduduk Jepun terhadap alam sekitar di Negara mereka dan ia sewajarnya dicontohi dan akhirnya semua pihak harus sentiasa bersama-sama sdalam menjaga alam sekitar.