USIA BUKAN HALANGAN
![11026130_861992797226344_6552639422547315094_n.jpg](https://static.wixstatic.com/media/2dd0c8_de4a38c083d8499dbe12304c9818825b.jpg/v1/fill/w_364,h_624,al_c,q_80,enc_avif,quality_auto/2dd0c8_de4a38c083d8499dbe12304c9818825b.jpg)
Nilai - Perjalanan beribu batu bermula dari langkah pertama, begitulah perumpamaan perjalanan hidup seorang wanita yang dilahirkan di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Nur Azmira binti Abdul Rashid ialah seorang usahawan muda yang berjaya memiliki tudung rekaan beliau sendiri.
Walaupun tidaklah sehebat Fareeda atau jenama tudung yang terkenal yang lain, namun hasil rekaan beliau turut mendapat tempat di hati para pengguna.
Kejayaan sebenar seseorang itu bukanlah diukur melalui sijil,ijazah atau pengiktifan yang dimiliki tetapi hasil yang diperolehi selepas seseorang itu berusaha dan prinsip itu jugalah yang dipegang oleh Puan Azmira atau yang lebih mesra dengan panggilan Kak Meera. Bermula di usia 20 tahun dan dengan hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah bukan penghalang untuk beliau mecipta kejayaan.
Hasil usaha sama dengan adik-beradik, beliau memulakan langkah pertama dengan mereka mencipta rekaan tudung sendiri.Terdapat pelbagai jenis tudung yang beliau pasarkan, antaranya adalah tudung bawal, Usaha beliau untuk memulakan perniagaan mendapat sokongan serta dorongan dari keluarga dan rakan-rakan. Ujar beliau juga keluargalah yang banyak membantu disaat beliau susah atau senang.
“Rekaan tudung beliau sememangnya agak berbeza dari tudung-tudung lain yang terdapat di pasaran dan kami amat berpuas hati dengan hasil kerja beliau yang amat kemas dan halus” , kata salah seorang pelanggan yang mengunjungi kedai beliau. Walaupun menghadapi banyak dugaan dan rintangan, beliau tidak mudah berputus asa kerana menurut beliau, untuk mengapai kejayaan bukanlah mudah. Seseorang itu haruslah memiliki semangat yang kental dan gigih.
Membuka kiosk di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak (UIA) adalah titik tolak pemulaan untuk beliau, namun hasil kejayaan yang diraih mendorong beliau untuk menambah cawangan di banyak tempat. Hari ini, beliau telah memiliki banyak cawangan di IPTA dan IPTS seperti di UIA, KUIS, UKM dan USIM.
Selain menjalankan perniagaan melalui kiosk, Puan Ameera juga memasarkan produk beliau melalui khidmat “online” iaitu dengan mempromosikan tudung-tudung tersebut dilaman facebook serta instagram. Walaupun telah memiliki banyak cawangan termasuk negeri kelahirannya, beliau masih mempunyai cita-cita untuk melebarkan sayap perniagaannya ke beberapa buah tempat lagi seperti Shah Alam dan Pahang.