JEJAK KASIH GELANDANGAN
![IMG-20150413-WA0013.jpg](https://static.wixstatic.com/media/2dd0c8_73bd140ed47246c188f394bf360e4fdc.jpg/v1/fill/w_960,h_720,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/2dd0c8_73bd140ed47246c188f394bf360e4fdc.jpg)
Para peserta Program Jejak Kasih Gelandangan
USIM, 3 April - Memberi pendedahan kepada para pelajar terhadap realiti kehidupan di sekeliling mereka serta melatih pelajar tentang kemahiran bersosial dan membina ukhwah yang erat bersama masyarakat luar supaya tidak seperti katak dibawah tempurung merupakan objektif utama Program Jejak Kaish Gelandangan baru-baru ini.
Fakulti Sunnah Pengurusan Maklumat tahun tiga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Program Jejak Kasih Gelandangan yang bertempat di Petaling Street, Kuala Lumpur melibatkan penyertaan 73 orang pelajar daripada universiti tersebut.
Program Jejak Kasih Bersama Gelandangan bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan para pelajar tentang pentingnya sikap saling membantu antara satu sama lain.
Pengarah program, Muhammad Fikri berkata, “Tujuan utama program dijalankan adalah untuk memberi kesedaran serta keinsafan kepada pelajar bahkan sekaligus menyelami bebanan dan kesusahan yang ditanggung oleh golongan gelandangan ini.”
Program ini turut menjalankan aktiviti pengagihan makanan dan beramah mesra bersama gelandangan yang berlangsung dari pukul 10 hingga 1 pagi.
Menurut salah seorang peserta program, Hafizotul Akmal, 23, dia bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang menyayanginya walaupun kehidupan mereka sederhana.
“Saya merasa sangat sedih melihat keadaan mereka yang hidup dalam serba kekurangan malah hanya beralaskan kotak-kotak terpakai sebagai tempat tidur untuk meneruskan kehidupan seharian mereka,” kataya selepas pengagihan makanan dilakukan.
Nurul Nazira, 21, berkata, program ini telah memberi impak positif kepada beliau dan sangat bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan yang cukup lengkap dan bahagia tanpa perlu hidup mengemis bagi mendapatkan sesuap nasi.