INSPIRASI IBU MITHALI HANNAH FAQUD
![wanita-sholehah.jpg](https://static.wixstatic.com/media/2dd0c8_f4c60159ea1c4c9da9dc8e05ab68908c.jpg/v1/fill/w_400,h_265,al_c,q_80,enc_avif,quality_auto/2dd0c8_f4c60159ea1c4c9da9dc8e05ab68908c.jpg)
Tahukah anda siapakah Maryam Binti ‘Imran? Dan siapa pula Hannah Binti Faqud? Persoalan ini bakal membawa kita semua menelusuri sejenak kisah dua orang tokoh wanita mulia yang menjadi inspirasi wanita dan ibu yang berjaya. Rasanya tidak pernah terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua yang bergelar wanita di dunia ini. Bersyukur kepada Allah SWT kerana Islam telah mengangkat martabat wanita dengan menjadikan wanita sebagai isteri dan ibu melalui perkahwinan. Di dalam buku Ciri-Ciri Unggul Masyarakat Islam, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menyebut bahawa Islam meletakkan nasihat agar berbuat baik kepada ibu berada di tempat kedua selepas mentauhidkan Allah serta beribadat kepada-Nya.
Perintah berbuat baik kepada ibu merupakan salah satu asas kebaikan dalam Islam. Firman Allah SWT di dalam surah Luqman ayat ke-14 yang bermaksud, “Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang semakin bertambah dan menyusukannya selama dua tahun. Bersyukur kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu. Hanya kepada-Ku tempat kembali”.
Balik kepada pokok persoalan, mungkin sudah tentu ramai yang mengetahui siapa gerangan empunya diri. Seorang wanita yang telah menggegarkan dunia dengan kisah kelahiran bayi tanpa bapa, seorang ibu yang melahirkan anak tanpa suami atau perempuan suci yang tidak pernah disentuh mana-mana lelaki di dunia ini. Dialah wanita suci yang telah diangkat oleh Allah SWT martabatnya dengan menjadi ibu kepada al-Masih Isa, putra Maryam.
Beliau adalah Siti Maryam Binti ‘Imran. Seorang gadis suci yang memiliki peribadi yang mulia, keimanan dan kehambaan yang kudus, tahap kesabarannya yang tinggi, dan berjiwa kental. Lalu, timbul tanda tanya siapa yang mendidik beliau sehingga memiliki akhlak mulia sedemikian rupa?
Bak kata pujangga Arab, “Ibu itu sekolah”. Sudah tentu murid yang hebat tidak akan lahir tanpa guru yang hebat. Mulianya akhlak peribadi Siti Maryam terbentuk sebelum beliau dilahirkan lagi, yakni melalui wawasan agung dan impian luar biasa ibundanya yang bernama Hannah Binti Faqud. Di dalam buku Kisah 25 Nabi-Nabi menyatakan bahawa Hannah merupakan seorang wanita ahli ibadat. Suaminya ‘Imran bin Mattan merupakan pemimpin atau ketua upacara sembahyang kaum Bani Israil pada zaman itu. Beliau yang berharap agar anaknya menjadi ahli ibadat dan hamba Allah SWT yang soleh telah berniat sekali gus membawa kepada nazar yang kudus kepada Ilahi.
Sudah tentu kisah agung ini tidak akan terzahir tanpa nazar seorang ibu. Betapa mulia hati nenda Isa a.s sehingga Allah SWT merakamkan nazarnya itu di dalam al-Quran, surah Ali ‘Imran ayat ke-35 yang bermaksud, “(Ingatlah), ketika isteri ‘Imran berkata: Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku ini menjadi hamba yang soleh dan berkhidmat (di Baitu Maqdis). Kerana itu, terimalah itu (nazar) daripadaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. Bertitik tolak daripada nazar tersebut, maka lahirlah seorang wanita mulia yang diredhai serta diberi rahmat oleh-Nya.
Nah, inilah dia azam dan wawasan yang patut dijadikan landasan kepada semua ibu bapa hari ini sebelum berkahwin. Demi mendidik dan membentuk peribadi anak yang mulia, selayaknya ibu bapa terlebih dahulu memasang niat untuk menjadikan anak yang bakal dilahirkan itu sebagai hamba Allah s.w.t yang sejati, juga sebagai manusia berjiwa hamba.
Perkahwinan bukan wadah melepaskan nafsu semata, tetapi ia adalah wasilah bagi mengembang-biak keturunan umat manusia yang berjiwa hamba. Maka, ibu merupakan pendidik pertama bagi anak-anak mengenali Allah SWT bermula zigot berada di dalam rahim ibu. Jika mantap akidah si ibu, pasti dia dapat melahirkan anak-anak yang mengenali dan mencintai Allah SWT. Jika sebaliknya, sudah tentu kehancuran umat Islam akan berlaku. Oleh itu, ibu atau wanita merupakan aset terpenting dalam sesebuah negara yang memiliki ketamadunan yang tinggi dan stabil.
Tidak dapat dinafikan bahawa golongan wanita adalah penyumbang terbesar kepada pembentukan masyarakat. Mengikut data yang telah diperolehi daripada Bahagian Perangkaan Penduduk dan Demografi, pada tahun 2014, seramai 14,667.400 orang daripada 30,261.700 orang populasi rakyat Malaysia adalah terdiri daripada kanak-kanak perempuan, wanita, ibu dan ke atas.
Langkah pertama dalam melahirkan masyarakat yang sihat cemerlang adalah dengan mendidik anak gadis supaya patuh kepada suruhan agama dan menjaga kehormatan diri.
Sesungguhnya, kaum wanita adalah hati dan pusat kepada kaum lelaki keseluruhannya, yang mana jika baik kaum wanita, maka baiklah kaum lelaki keseluruhannya; dan jika rosak kaum wanita, maka binasalah kaum lelaki keseluruhannya. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan kata yang dilontarkan oleh Anna Melijan, seorang misionaris wanita agama Kristian yang berbunyi, “Cara paling berkesan untuk menghancur-leburkan umat Islam adalah dengan mendidik kaum wanitanya di sekolah-sekolah yang didirikan oleh misionaris Kristian”.
Abdul Wadud Syalabi membuat ulasannya di dalam majalah al-Azhar edisi Jamadilakhir 1405 Hijrah di Mesir, beliau mengatakan: “Cara yang paling mujarab untuk menyesatkan kaum wanita muslimah dan menghancurkan keislaman kaum muslimin adalah dengan menyuruh mereka (kaum wanita) keluar rumah dengan memakai pakaian yang mendedahkan aurat, hingga mengundang mata lelaki-lelaki jalang di jalanan”.
Tidak ada cara yang paling berkesan untuk menyelamatkan umat Islam selain menyeru umat keseluruhannya sama ada lelaki atau perempuan agar segera kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah dan berpegang bersungguh-sungguh kepada keduanya.
Bagi merealisasikan hasrat dan tuntutan di atas, anak gadis pada hari ini perlu dididik dengan pengetahuan agama secukupnya dan akhlak yang mulia kerana mereka adalah insan yang bakal bergelar ibu dan akan mencorakkan masyarakat mengikut acuan yang telah dibentuk sebelumnya.